PINANG PERANAKAN MANSION
Kesimpulannya, walaupun Chung Keng Quee telah meninggal dunia pada tahun 1901 dan rumah agam itu diturunkan kepada keturunannya, rumah agam ini beransur-ansur menjadi terbiar. Ia telah diperoleh oleh pemaju hartanah pada 1990-an, yang mengecatnya semula dengan warna hijau dan, dengan lebih 1,000 barangan antik Peranakan, menjadikannya sebuah muzium khusus untuk budaya Peranakan Pulau Pinang. Kini, rumah agam ini masih terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong. Oleh kerana seni bina dan reka bentuk dalaman yang unik yang mencerminkan gaya hidup orang Peranakan di Pulau Pinang, rumah agam itu telah dipaparkan dalam siri televisyen dan rancangan realiti TV, seperti ‘The Little Nyonya’ dan ‘The Amazing Race’.
MASJID JAMEK
Walaupun sudah berpuluh-puluh tahun dibina, melalui proses naik taraf dan penambahbaikan, struktur dan senibina Masjid Jamek masih lagi dipelihara dan dikekalkan sehingga ke hari ini.
Satu-satunya masjid tertua yang dijaga rapi, dikawal selia dan megah berdiri di tengah kota raya, Kuala Lumpur. Jujurnya, setiap mata yang memandang pasti akan terpukau dengan keindahan dan keunikan Masjid Jamek. Kini, Masjid Jamek dibuka kepada pelancong asing untuk mengenali lebih dekat tentang Islam dan sejarah pembinaan Masjid Jamek. Namun, aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan terus dijalankan di Masjid Jamek tidak kira masa dan ketika.
KONKLUSI
Konklusinya, kami dari Kumpulan 10 telah dapat banyak pengajaran dan pengalaman melalui pelaksanaan projek ini. Sehubungan itu, projek ini telah mengajar kita tentang pelbagai tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Kami dapat menghargai pencampuran tamadun-tamadun di Malaysia dan impak kepada seni bina yang terdapat di negara ini. Akhirnya, kami dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dari rakan-rakan sekumpulan dan kerjasama antara kami juga ditingkatkan melalui projek ini.