top of page

KUMPULAN KAMI

NICHOLAS LEANG MING-SOON_0350244.jpeg

KETUA KUMPULAN

NICHOLAS LEANG MING-SOON

STUDENT ID : 0350244

Khabar baik semua! Saya Nicholas, seorang pelajar tahun pertama yang menuntut kursus seni bina di Taylor’s University. Saya berasa amat bersyurkur kerana dapat menyertai projek ini dalam kajian seni bina pencampuran tamadun di negara kita. 

 

Melalui projek ini, saya telah mempelajari lebih banyak ilmu dalam konteks seni bina Islam-India dan Baba-Nyonya di nusa tercinta kita yang merangkumi pelbagai kaum. Saya dapat menghayati seni bina kaum lain dan berasa kagum dengan reka bentuk yang begitu unik. Selain itu, saya juga dapat bekerjasama dengan kawan-kawan saya atas talian. Sayang sekali kerana berlakunya pandemik Covid-19 yang menghalang kami melakukan kajian di Masjid Jamek dan Muzium Peranakan. 

 

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan saya untuk berbuat projek ini jayanya. 

TAN HOMNG CHIM

STUDENT ID: 0345966

Salam sejahtera, semua! Nama saya Tan Homng Chim, seorang pelajar tahun pertama yang menuntut kursus seni bina di Taylor’s University. Saya berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang mengambil MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang banyak memberi saya pengetahuan dan pengalaman, serta dapat menyelesaikan projek ini dengan sempurna bersama-sama rakan-rakan sekumpulan.

 

Sepanjang proses melaksanakan projek yang bermakna ini, terdapat banyak yang saya perolehi. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih lanjut tentang ilmu dan sejarah seni bina percampuran tamadun-tamadun di tanah air, Malaysia. Melalui pengajian terhadap dua seni bina percampuran tamadun yang kami pilih, iaitu Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang di Georgetown, saya dapat lebih mengenali keistimewaan dan sikap keterbukaan seni bina Malaysia yang kaya dengan penggabungan budaya dan kaum yang berbeza, lagi menghargai keunikan kehidupan yang harmoni antara kaum yang berbeza di Malaysia. Ilmu dan kajian tersebut juga amat bermanfaat kepada saya sebagai seorang pelajar kursus seni bina dalam mendalami konteks seni bina tempatan di nusa tercinta kami. Tambahan pula, sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang berbilang bangsa juga diamalkan. Saya sedar bahawa saling menghormati dan membantu dalam melakukan tugasan kumpulan amat penting supaya tugasan dapat diselesaikan bersama secara mesra dan baik.

 

Akhir sekali, saya ingin memberikan setinggi perhargaan kepada pensyarah TITAS kami, Encik Firdaus Ramli kerana banyak memberi bimbingan dan nasihat yang berguna kepada kami sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerjasama antara ahli kumpulan menentukan kejayaan projek.Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang bekerja bersama semua ahli kumpulan yang bekerjasama dan ramah mesra. Sekiranya tanpa kalian, projek ini tidak akan diselesaikan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.

TAN HOMNG CHIM_0345966.jpg
CHLOE TANG 0352422.JPG

CHLOE TANG XIN SYUAN

STUDENT ID : 0352422

    Salam hormat kepada semua! Saya Chloe (0352422), pelajar seni bina tahun satu yang belajar di Universiti Taylor. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap Encik Firdaus Ramli, syarahan modul ini untuk membimbing kita melalui modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Di samping itu, saya berasa bersyukur kerana dapat belajar dengan projek ini dan meneroka seni bina bangunan unik dari percampuran tamadun di Malaysia. 

 

   Semasa penerokaan projek ini, saya dapat belajar tentang pengetahuan pelbagai kaum dan sejarah mereka. Ia termasuk seni bina Baba-Nyonya yang diwakili sebagai Museum Peranakan dan India Islam yang mewakili Masjid Jamek. Semakin saya belajar, semakin saya kagum dengan percampuran kaum yang dipersembahkan dalam reka bentuk setiap bangunan. Seterusnya, saya berbangga kerana negara tempat saya dilahirkan mempunyai seni bina yang menakjubkan dan istimewa. Selain itu, ahli kumpulan saya saling membantu dan bekerjasama dengan menyumbang idea dan membuat kajian. Saya sangat menikmati saat bekerjasama dan menghasilkan karya yang sangat menarik bersama.

 

   Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada syarahan saya, Encik Firdaus, ahli kumpulannya dan rakan-rakan kumpulan saya yang telah mengambil bahagian dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

RUTH ELIZABETH RONNY LOJIKIM

STUDENT ID : 0345172

Ruth Elizabeth Ronny Lojikim_0345172.heic

Salam sejahtera, nama saya adalah Ruth Elizabeth Ronny Lojikim, pelajar Bachelor of Architecture daripada Taylor’s University. Terlebih dahulu, saya ingin memberikan setinggi penghargaan terhadap guru subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara kami iaitu Encik Firdaus atas segala nasihat dan bimbingan beliau dalam mendidik kami dalam subjek ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah bekerja keras dalam melakukan projek berkumpulan ini. Segala bantuan dan perbincangan yang disumbangkan adalah sangat dihargai dalam menjayakan kerja kursus ini. 

 

         Sepanjang proses melakukan kerja berkumpulan ini, terdapat banyak ilmu yang dapat saya perolehi terutamanya dalam konteks seni bina dan sikap bekerjasama. Projek ini memerlukan kami untuk melakukan kajian mengenai seni bina percampuran tamadun-tamadun di Malaysia dan kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih Masjid Jamek dan Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang sebagai bangunan kajian kami. Dalam membuat kajian tersebut, saya telah mempelajari mengenai sejarah-sejarah mereka dan bagaimana percampuran kaum pada masa dulu telah membawa impak yang besar dalam seni bina di Malaysia. Walaupun mereka mempunyai latar belakang dan kaum yang berbeza, namun ini tidak pernah menjadi penghalang kepada mereka untuk saling bertoleransi dan bekerjasama sepanjang proses pembinaan bangunan-bangunan ini. Sikap mereka adalah sangat dikagumi dan ini telah jelas membawa pelbagai keunikan ke atas kedua-dua bangunan tersebut yang jelas dapat dilihat bukan sahaja melalui bahan-bahan yang digunakan malah juga dari segi corak-corak yang dihasilkan yang mempamerkan kewujudan percampuran kaum pada masa dulu. 

 

         Sebelum saya mengakhiri, saya ingin mengucapkan bahawa saya bersyukur bahawa tradisi saling hormat-menghormati dan bekerjasama antara berbilang kaum ini masih dapat dikekalkan oleh kita semua sehingga pada hari ini. Sikap ini adalah sangat penting bukan sahaja dalam memupuk perpaduan tetapi juga dalam mengekalkan keamanan negara. Malah sudah jelas terserlah bahawa kerja berkumpulan ini merupakan sebuah kejayaan besar bukan sahaja dalam mendalami ilmu mengenai seni bina tetapi juga dalam merapatkan hubungan silaturahim antara kaum yang berbilang bangsa. 

Chow Cing Yen_0344136 (1).jpg

CHOW CING YEN

STUDENT ID : 0344136

Salam sejahtera, saya Chow Cing Yen dari kursus Bachelor of Science (Hons) Architecture di Taylor’s University. Pertama sekali, saya hendaklah mengucapkan terima kasih kepada Universiti Taylor’s dan pensyarah modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Encik Firdaus Ramli kerana mengadakan module ini kepada pelajar. 

 

Melalui projek ini saya dapat memahami dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sejarah, budaya dan agama berbagai kaum kerana dari projek ini saya hanya mengenali dan memahami ikonik seni bina yang kita telah memilih. Saya berasa seronok apabila membuat projek berkumpulan dan bertemu rakan-rakan baharu sepanjang perjalanan projek. Modul and projek ini juga mengajar saya untuk menghargai bangunan bersejarah.Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang prihatin saling menolong apabila ada seseorang menghadapi masalah dalam projek ini. Jika tiada kerjasama yang diberi oleh mereka saya tidak akan berjaya menyiapkan projek ini. Selanjutnya, projek ini telah membantu saya secara berkesan dalam meningkatkan nilai tanggungjawab, bekerjasama, patriotik dan hormat-menghormati. 

RAJA ZARIFF HISHAM

STUDENT ID : 0345752

Salam sejahtera, saya Raja Zariff Hisham (0345752) pelajar Bachelor of Science (Hons) Architecture di Taylor’s University, berasa sangat bersyukur dan menghargai projek ini. Pertama sekali, saya  ingin menyampaikan ribuan ucapan terima kasih saya kepada Encik Firdaus Ramli yang merupakan pensyarah modul ini kerana telah mengajar dan membimbing kami sewaktu pelaksanaan projek ini. Sehubungan dengan itu, saya juga bersyukur dan berterima kasih kerana dapat rakan sekumpulan yang sentiasa bekerjasama dan menyumbang idea.

 

Antara manfaat yang saya dapat dari proses projek ini adalah saya dapat mendalami lagi tentang seni bina pencampuran tamadun-tamadun di Malaysia. Ini kerana, perasaan semangat dan bangga dapat dirasa apabila membaca tentang sejarah bangunan-bangunan yang mempunyai seni bina tersebut. Seterusnya, saya juga sangat menghargai masa perbincangan antara rakan kumpulan secara atas talian. Saya percaya bahawa kami telah membuat sehabis baik dan sentiasa memastikan kerjasama antara satu sama lain. Akhir sekali, saya juga dapat mempelajari tentang tamadun lain dan seni bina menarik yang mereka gunakan. Ini juga mengingati saya bahawa saya dilahirkan di negara yang begitu unik dan istimewa. Dari situ saya mula mengamalkan nilai-nilai seperti sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan juga bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

 

Akhir kata, saya telah banyak belajar dari pengalaman projek ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli serta rakan-rakan sekumpulan. Saya bersyukur kami dapat menyiapkan tugasan dengan lancar dan berharap agar kami semua dapat berjumpa dan bekerjasama lagi pada masa yang akan datang. 

RAJA ZARIFF HISHAM_0345752.jpg
VENICE VICTOR_0345140.jpg

VENICE VICTOR

STUDENT ID : 0345140

Saya, Venice Victor berasa sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan untuk kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan sekumpulan dan pensyarah tidak memberikan galakan dan dorongan yang memberikan motivasi.

 

Setelah melaksanakan projek ini, banyak yang dapat saya pelajari. Antaranya, saya dapat mengenali dan mempelajari tentang seni bina Masjid Jamek dan Pinang Peranakan yang terdapat di negara kita. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari kepentingan mengamalkan nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Contohnya, kami telah membuat perbincangan mingguan untuk berkongsi idea yang dapat melatih saya meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Apabila ahli kumpulan menghadapi masalah kami akan memberi bantuan yang diperlukan bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing.

 

Secara keseluruhannya, segala pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dalam perjalanan projek ini akan saya manfaatkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar sepanjang projek begitu juga dengan rakan seperjuangan.

ERISSYA NUR

STUDENT ID : 0352109

Salam sejahtera, semua! Nama saya Erissya, dan saya ialah seorang pelajar tahun pertama kursus seni bina di Taylor’s University. Saya berasa amat gembira dan berterima kasih kerana dapat berpeluang untuk melalui MPU TITAS, terutamanya projek ini yang membolehkan saya untuk mengaji seni bina pencampuran tamadun di Malaysia.

Dari projek ini, saya dapat mengenali lebih lanjut tentang sejarah mercu-mercu tanda yang ikonik di tanah air saya iaitu Masjid Jamek di Kuala Lumpur, dan Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang di Georgetown. Bangunan-bangunan ini adalah simbol kewujudan pencampuran budaya di Malaysia, seperti Melayu-India dan Melayu-Cina. Sebelum ini, saya hanya tahu bahawa Malaysia ini adalah negara yang berbilang bangsa tetapi saya tidak pernah menanya diri saya tentang asal-usul bangsa Cina dan India. Dari projek ini, bukan sahaja saya dapat mempelajari tentang aspek seni bina bangunan tersebut, mujurlah juga saya berpeluang untuk mengetahui sejarah Malaysia, sekaligus memupuk semangat cinta akan tanah air saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan saya dan pensyarah, Encik Firdaus Ramli kerana saya tentu tidak akan berjaya menyiapkan projek ini tanpa mereka. Sekian, terima kasih.

ERISSYA NUR_0352109.JPG
Lim Jia Le_0348645.jpg

LIM JIA LE

STUDENT ID : 0348645

Selamat sejahtera, nama saya Lim Jia Le, saya merupakan seorang pelajar dari Bachelor of Computer Science di Taylor’s University. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli kerana telah memberi banyak ilmu pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia kepada kami serta memberi peluang kepada kami untuk membuat tugasan ini.

 

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak sering melawat pembangunan islam dan tempat idawat agama lain, jadi saya tidak tahu banyak tentang tradisional atau struktur mereka. Projek ini membolehkan saya lebih mengetahui pemahaman tentang pembangunan islam.  Oleh itu, saya telah banyak memahami dengan pelbagai pembangunan islam sepanjang membuat tugasan ini. 

 

      Oleh sebab Covid-19, kami tidak dapat bertemu untuk membincangkan tugasan ini, walaupun begitu kami membincangkan semuanya melalui dalam talian. Saya berasa amat bangga dan bersyukur kerana boleh berkenalan dengan ahli kumpulan saya. Secara ringkas, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang sungguh bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan ini. Proses penghasilan ini akan menjadi suatu pengalaman yang berharga dan kata-kata beliau akan saya ingati. 

GOH WAN YI 

STUDENT ID : 0350866

Salam sejahtera kepada semua! Saya Goh Wan Yi dari khusus seni bina tahun satu di Taylor’s University.Pertama-tamanya, saya haruslah mengucapkan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli kerana memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai projek yang bermakna ini.

Melalui  projek ini, saya bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai peluang melibatkan dalam projek ini. Saya telah mempelajari tentang budaya tamadun yang berbeza dengan meneroka seni bina unik dari percampuran tamadun di Malaysia. Dalam menghasilkan projek ini, banyak ilmu  dan pengetahuan tentang seni bina Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Pinang Peranakan Mansion dapat kita perolehi. Saya juga mengenali rakan- rakan dalam projek ini dan mengekalkan hubungan erat antara kita.

Akhir sekali, saya berasa berpuas hati dengan menyiapkan projek ini dan berterima kasih kepada ahli kumpulan kerana kita semua bekerjasama dan berusaha menyiapkan projek ini. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam menyiapkan projek ini, kita mengatasi cabaran-cabaran melalui perbincangan dengan ahli kumpulan.

Goh Wan Yi 0350866.PNG
Low Jieyun_0342565.JPG

LOW JIEYUN

STUDENT ID : 0342565

Salam sejahtera, nama saya Low Jieyun daripada Sarjana Muda Sains dalam Seni Bina. Yang pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami Encik Firdaus kerana membimbing kami sepanjang modul ini. Saya telah belajar banyak tentang tamadun islam dan asia melalui modul ini terutamanya dalam proses membuat projek ini.

 

Daripada projek ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang seni bina budaya Cina dan Melayu dengan meneliti sejarah, latar belakang budaya Muzium Peranakan Pulau Pinang dan Masjid Jamek. Bangunan-bangunan ini telah mengajar saya bahawa seni bina Malaysia telah dibina di bawah pengaruh pelbagai budaya dan kaum. Selain itu, saya berasa seronok apabila membuat projek berkumpulan dan bertemu rakan-rakan baharu sepanjang perjalanan projek. Modul and projek ini juga mengajar saya untuk menghargai bangunan bersejarah. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah mesti dikekalkan kerana bangunan tersebut mempunyai latar belakang dan sejarah Malaysia. Pengetahuan yang diperoleh daripada projek ini pastinya akan membantu saya sebagai pelajar seni bina dan juga telah meluaskan pandangan saya tentang warisan dan pemuliharaan bangunan.

 

Sebagai kesimpulan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya atas kerjasama dan dedikasi mereka untuk projek ini.

LIM PAN SHEEY

STUDENT ID : 0350717

Selamat sejahtera kepada semua, nama saya Lim Pan Sheey. Saya seorang mahasiswa BSc di bidang Arkitek di Taylor Univertisy. Sebagai mahasiswa tahun pertama di universitas ini, saya berkesempatan untuk mengambil modul Tamatun Islam dan Tamatun Asia.

 Selama mengikuti modul ini, saya mendapat kesempatan untuk mengerjakan proyek kelompok dengan rekan-rekan baru. Dengan cara ini, saya bertemu dengan beberapa teman baik. Dengan semua percakapan kami harus online karena COVID-19, kami tiba-tiba mengalami banyak masalah. Semoga sukses dengan kolaborasi kami karena kami telah berhasil membuat proyek grup ini. Saat mengerjakan proyek kelompok ini, saya juga berusaha keluar dari zona nyaman saya dan melakukan sesuatu yang tidak biasa saya lakukan, yaitu menjadi pemimpin kelompok saya. Faktanya, sebagai pemimpin kelompok selestial, saya juga menghadapi beberapa masalah.

Heng Jun Qian

STUDENT ID : 0349942

Salam sejahtera, nama saya Heng Jun Qian dan saya merupakan pelajar Bachelor of Science (Hons) Architecture di Taylor’s University. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan seribu terima kasih kepada pensyarah modul ini, Encik Firdaus Ramli. Beliau telah memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahun tentang tamadun islam dan tamadun asia serta banyak memberi didikan dan bantuan kepada kami semasa mengatasi masalah dalam menyiapkan projek. 

 

Melalui projek yang amat bermakna ini, kami dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah pembangunan islam dan mengukuhkan perfahaman kita terhadap kebudayaan pelbagai bangsa. Amat syukur saya berasa kerana dapat dilahirkan ke negara yang begitu istimewa dan indah. Selanjutnya, projek ini telah membantu saya secara berkesan dalam meningkatkan nilai tanggungjawab, patriotik dan hormat-menghormati. 

 

Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada ahil kumpulan saya kerana sudi menyumbangkan jasa dan masa yang emas untuk menyiapkan projek ini. Tugasan kami dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama dan kecekapan yang diberikan oleh mereka. Terima kasih saya mengucapkan sekali lagi kerana mempunyai ahili kumpulan yang sangat baik, saya berharap kami dapat bekerjasama lagi pada masa depan. 

SIAH CHU YANG

STUDENT ID : 0345146

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya, Siah Chu Yang, pelajar dari kursus alam seni bina di Universiti Taylor’s, Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru kami yang mendidik modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara yakni Encik Firdaus Ramli. Berhubungan dengan modul ini, kumpulan kami telah menerokai dua bangunan di Malaysia yang mempamerkan keunikan seni bina masing-masing secara kilat lagi gemilang.

 

Sewaktu mengorek ilmu pengetahuan dalam konteks ilmu seni bina, kami juga memahami sejarah serta ilmu pelbagai bangsa, termasuklah kaum Cina dan kaum Melayu yang mewakili Muzium Peranakan; serta kaum India dan kaum Melayu yang mewakili Masjid Jamek. Pencampuran kaum bukan sahaja menghasilkan adat resam dan makanan yang menarik, manakala keistimewaan pencampuran tersebut juga terpapar pada komponen-komponen serta design bangunan tersebut. Ahli-ahli kumpulan tolong-menolong dengan mengambil tanggungjawab masing-masing serta menghasilkan kerja yang amat menarik selepas membuat ramai rujukan dan penerokaan yang amat dalam.

 

Sebagai penutup bicara, saya ingin sekali lagi merakam penghormataan yang teratas kepada Encik Firdaus dan ahli-ahli kumpulan saya yang mencurah tenaga bagi menghasilkan projek tersebut. 

DSC_0038.jpg
20220127_234919.jpg

Edmund Tham Fei Yang

STUDENT ID : 0351455

Salam sejahtera, nama saya Edmund Tham Fei Yang, seorang pelajar dari kursus ‘Bachelor of Mechanical Engineering with Honours’ di Universiti Taylor’s, Malaysia. Yang pertama, saya berasa amat bersyukur kerana Universiti Taylor’s telah mengadakan mata pelajaran ‘Tamadun Islam dan Tamadun Asia’ untuk kursus saya kerana saya dapat belajar tentang pelbagai kaum dalam Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini, Encik Firdaus Ramli, kerana beliau telah membantu kami sepanjang perjalanan modul ini hingga kini dan menyelesaikan masalah projek kami.

 

Melalui projek ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam tentang seni bina Islam-India dan Baba-Nyonya. Selain itu, saya juga dapat memahami sejarah pembangunan islam yang istimewa dalam negara kita. Dalam kumpulan kami, kami telah berkongsi maklumat tentang Peranakan Pinang yang terletak di Pulau Pinang dan Masjid Jemak yang terletak di Selangor.

 

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya yang bekerjasama untuk membuat projek dengan lancar dan hingga keakhiran.

bottom of page