top of page
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Seni bina di sekeliling Malaysia hari ini mempamerkan bayangan hampir setiap seni bina dan gaya dari agama-agama serta budaya-budaya utama di Asia. Oleh itu, objektif kami dalam pelaksanaan kerja berkumpulan ini adalah untuk mengingati dan mendidik para pembaca tentang seni bina pencampuran tamadun-tamadun di Malaysia. Dengan ini, kita akan juga mendalami:-
1. Kegunaan bangunan-bangunan
2. Sejarah yang terdapat pada bangunan-bangunan
3. Fakta-fakta yang kami dapati semasa pelaksanaan kerja kumpulan
Harapan kami adalah agar setiap orang mengingati seni bina serta pencampuran tamadun-tamadun tertentu. Kerja kumpulan ini secara tidak langsung boleh dijadikan pengenalan seni bina pencampuran tamadun-tamadun kepada masyarakat lain.
bottom of page