PENGHARGAAN
Kajian ini dapat kami jalankan dengan lancar dan jayanya kerana hasil kajian ini adalah atas bantuan banyak pihak. Dengan kesempatan yang ada ini, kami sebagai Kumpulan 10 amat berbesar hati untuk merakamkan sekalung terima kasih kepada pensyarah Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia kami - Encik Firdaus. Beliau telah memberi banyak pandangan dan komen yang bermanfaat buat kami.
Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk memberi peluang kepada anak-anak muda seperti kami untuk meneladani dan menghayati ilmu-ilmu Tamadun Islam dan Asia.
Tambahan pula, kami juga ingin berterima kasih kepada pensumbang maklumat di laman web supaya kajian ini dapat dijalankan dengan lancar.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang berkomitmen dalam menjayakan kajian ini. Segala usaha yang mereka amat dihargai kerana tanpa kerjasama semua ahli tugasan ini tentu tidak dapat dijalankan dengan berjaya.